Keputusan Perbuatan Mensabotaj Umno Pada PRU-13 Diketahui Minggu Depan - Semasa | mStar

Keputusan Perbuatan Mensabotaj Umno Pada PRU-13 Diketahui Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata apa jua keputusan atau bentuk hukuman berhubung perbuatan mensabotaj parti oleh anggota Umno pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dijangka diketahui minggu depan.

Katanya siasatan mengenai aduan itu masih dijalankan.

"Lembaga Disiplin menerima 11 aduan sabotaj dan kita telah arahkan pihak penyiasat membuat siasatan rapi supaya kita dapat membuat keputusan dengan adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perbuatan sabotaj oleh anggota Umno pada PRU-13.

Sebelum ini pada 18 April, Lembaga Disiplin Umno memaklumkan telah menerima beberapa aduan sabotaj dalam kalangan anggota parti menjelang pilihan raya.

Megat Najmuddin berkata perbuatan sabotaj yang dilaporkan itu berlaku di peringkat bahagian di beberapa negeri termasuk Perak, Pahang, Kelantan dan Kedah, dengan kesalahan seperti berkempen untuk pembangkang, menghasut anggota Umno lain dan enggan membuka bilik gerakan pilihan raya.

"Bagaimanapun ini tidak membabitkan kesalahan anggota bertanding sebagai calon bebas atau menjadi penyokong dan pencadang bagi calon selain Umno. Mereka ini telah kita pecat," jelasnya.

Katanya, hukuman yang akan diputuskan bergantung kepada keseriusan perbuatan sabotaj yang dibuat.

Bagi PRU13, Umno telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dianggotai empat wakil Majlis Tertinggi Umno dan empat wakil Lembaga Disiplin parti bagi mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah mensabotaj atau melanggar disiplin parti.

Pada 22 April, Umno memecat 58 anggota serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13. Pada pilihan raya umum 2008, sebanyak 22 kes dari enam negeri dibawa ke Lembaga Disiplin Umno yang menyaksikan tiga anggota dipecat manakala enam digantung keanggotaan selama tiga tahun, dan seorang anggota diberi amaran keras kerana melanggar disiplin parti. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain