suria

Bekas Pemimpin PKM, Suriani Abdullah Meninggal Dunia

Suriani Abdullah bersama suaminya Abdullah CD
 Suriani Abdullah bersama suaminya Abdullah CD
Suriani Abdullah bersama suaminya Abdullah CD

PETALING JAYA: Isteri bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD, Suriani Abdullah meninggal dunia pada pukul 6 pagi Khamis di rumahnya di Narathiwat, Thailand.

Suriani, 89, yang menghidap pelbagai masalah kesihatan sejak lima tahun lalu, meninggalkan suaminya, Abdullah CD dan seorang anak perempuan, Karisma.

Suriani dilahirkan pada tahun 1924 dengan nama Eng Ming Ching, di Setiawan, Perak dan menyertai pergerakan bawah tanah PKM pada tahun 1940 pada usia 16 tahun.

Beliau turut aktif menyusun golongan pekerja wanita di Lembah Kinta dan kemudiannya menyertai kumpulan gerila anti-fasis Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA).

Beliau belajar di Sekolah Tinggi Nan Hwa di Setiawan bersama setiausaha agung PKM Chin Peng dan menjadi anggota yang dipilih ke jawatankuasa pusat parti yang diharamkan itu, pada 1975.

Artikel Lain