suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Di mana kita berperang, di situ kita berdiri!” – Presiden Berjasa minta pengundi ubah persepsi, guna hak di kawasan menetap

Zamani ketika berkempen di DUN Nilai. -Gambar Facebook Ustaz Zamani Ibrahim

PRESIDEN Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim, mencadangkan supaya rakyat yang sudah lama menetap di sesuatu kawasan menukar lokasi pendaftaran mengundi dari kampung asal ke tempat kediaman mereka.

Menurutnya, budaya pulang ke kampung semata-mata untuk mengundi perlu ditamatkan bagi memastikan pengundi menggunakan hak mereka di kawasan yang didiami.

“Kalau sudah 10 tahun menetap di Nilai, tetapi masih mengundi di kampung asal, mungkin di Kedah, maka kita perlu tamatkan budaya ini.

“Kenapa tuan-tuan yang berada di Nilai perlu pulang ke kampung untuk mengundi? Tuan-tuanlah yang berkuasa menentukan wakil rakyat yang mahu dipilih di sini,” katanya.

Beliau yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai berkata, pengundi wajar menukar lokasi mengundi kerana mereka sudah membina kehidupan, mempunyai keluarga dan menetap di kawasan berkenaan.

“Cukup-cukuplah mengundi balik ke kampung. Buat proses pertukaran mengundi daripada kampung kepada tempat kita tinggal.

“Di sinilah tempat kita. Dalam perang, kita mesti berada di medan perang. Di mana kita berperang, di situlah kita perlu berdiri dan jangan tinggalkan medan itu untuk pergi ke tempat lain,” katanya [Tonton Video].

Zamani berkata, seruan itu bukan bermaksud mereka yang pulang ke kampung untuk mengundi melarikan diri, sebaliknya mahu mengubah persepsi dan budaya pengundi.

“Selama ini, apabila tiba PRN (Pilihan Raya Negeri) atau PRU (Pilihan Raya Umum), kita beramai-ramai pulang ke kampung kerana masih mengundi di sana.

“Jadi, tukarlah persepsi dan cara kita. Di mana kita tinggal, di situlah kita mengundi,” katanya.

Bagi kerusi DUN Nilai, Zamani bakal berdepan saingan lima penjuru membabitkan penyandang Arul Kumar yang mewakili Pakatan Harapan, Datuk Lai Chien Kong (Barisan Nasional), Datuk V. Saravana Kumar (Bersatu) dan calon Bebas Omar Mohd Isa.

Artikel Lain