suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Formula 1 kembali gegar Litar Sepang selepas 9 tahun... Malaysia sah jadi tuan rumah GP Bahrain

Antara momen semasa Grand Prix Formula 1 Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 1 Oktober 2017. -GLENN GUAN/The Star GLENN GUAN/The Star

MALAYSIA berbesar hati dipilih sebagai tuan rumah perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu bukan sekadar penganjuran acara sukan bertaraf dunia, malah mencerminkan hubungan persahabatan, kepercayaan dan kerjasama erat antara Malaysia dengan Bahrain.

Menurut beliau, pemilihan Malaysia turut membuktikan kesediaan serta kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.

"Saya berkesempatan berbincang dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali.

"Saya ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada baginda, kerajaan serta rakyat Bahrain atas kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Anwar turut menyatakan Malaysia bersedia menyambut kehadiran Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), pasukan perlumbaan serta peminat dari seluruh dunia kembali ke Sepang.

Sebelum ini, F1 menerusi akaun media sosial rasminya mengumumkan Malaysia akan menjadi lokasi penganjuran Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober ini.

Perlumbaan tersebut akan dikenali sebagai Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia.

Pengumuman itu turut disahkan oleh FIA menerusi akaun media sosial rasminya.

Untuk rekod, Litar Antarabangsa Sepang pernah menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1 berikutan peningkatan kos penganjuran dan yuran lesen.

Grand Prix Bahrain sepatutnya berlangsung pada April lalu, namun ditangguhkan susulan konflik di Asia Barat.

Artikel Lain