PERIKATAN Nasional (PN) tidak menghalang mana-mana individu, termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, untuk terus turun berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehadiran Sanusi bagi membantu kempen bergantung kepada kelapangan pemimpin itu sendiri. "Kami tidak ada halangan sesiapa pun datang berkempen dan saya percaya ia bergantung kepada Sanusi sama ada dia boleh datang lagi selepas ini," katanya.Samsuri berkata demikian selepas melancarkan manifesto PN Negeri Sembilan pada Sabtu.Samsuri mengulas cadangan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menyarankan supaya Sanusi tidak lagi datang berkempen di Negeri Sembilan.Sebelum ini, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN didakwa mengeluarkan kenyataan ketika ceramah mengenai Tanah Melayu merupakan satu-satunya tanah air orang Melayu, tidak seperti kaum lain.Sementara itu, mengulas dakwaan kenyataan Sanusi boleh menghakis sokongan pengundi bukan Melayu, Samsuri berkata Menteri Besar Kedah itu telah memberikan penjelasan mengenai isu tersebut."Saya fikir kita perlu jelas dengan apa sebenarnya Sanusi katakan dan dia juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memutarbelitkan kenyataannya," katanya.Dalam perkembangan sama, ketika diminta mengulas dakwaan Pengarah PRN Negeri Sembilan Parti Wawasan Negara, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, menyatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan disingkirkan daripada PN, Samsuri berkata perkara itu bukan berada di bawah bidang kuasanya untuk diputuskan.Sebaliknya, Samsuri menjelaskan sebarang keputusan berkaitan gabungan tersebut dibuat secara konsensus dalam PN. -The Star