suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlukan gaji wakil rakyat, calon Bersatu mahu sumbang kepada penduduk jika menang di DUN Rahang

Tang menyifatkan maklum balas penduduk di DUN Rahang sepanjang lapan hari tempoh berkempen amat menggalakkan. -Foto The Star

CALON Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi kerusi Rahang, Tang Jay Son berjanji akan menyumbangkan keseluruhan gaji bulanannya sebagai wakil rakyat kepada penduduk kawasan itu sekiranya berjaya memenangi pilihan raya negeri pada 1 Ogos ini.

Tang, 52, yang merupakan seorang peguam berkata, dia tidak memerlukan gaji sebagai wakil rakyat kerana pendapatan daripada firma guamannya sudah mencukupi.

"Saya bertanding dalam pilihan raya ini semata-mata untuk memberi kembali sumbangan kepada komuniti.

"Saya tidak memerlukan satu sen daripada gaji tersebut kerana saya sudah mempunyai firma guaman sendiri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PN serah pada Sanusi, tiada halangan terus berkempen PRN Negeri Sembilan

Tang berkata, isterinya turut berkhidmat di firma guamannya dan mereka tidak mempunyai anak.

"Jadi, jika saya menang, gaji itu akan menjadi pendapatan tambahan yang saya tidak perlukan," katanya sambil menambah, maklum balas penduduk di DUN Rahang sepanjang lapan hari tempoh berkempen amat menggalakkan.

Tang bakal berdepan saingan empat penjuru menentang penyandang kerusi Rahang, Siau Meow Kong daripada Pakatan Harapan (PH), Yap Siok Moy daripada Barisan Nasional (BN) dan S. Tinagaran daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Pada pilihan raya negeri 2023, Siau memenangi kerusi berkenaan dalam pertandingan satu lawan satu menentang Lee Bon Shian daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 6,432 undi. -The Star

 

Artikel Lain