suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Motosikal ‘ghaib’ selepas dipinjam kawan, rupanya dah kena gadai! Petani mengaku terdesak cari duit buat majlis akikah anak

Segelintir individu sanggup melakukan jenayah demi kepentingan diri sendiri. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan kerana mencuri motosikal milik rakannya sebelum menggadaikan kenderaan itu bagi mendapatkan wang untuk membiayai majlis akikah anaknya.

Suspek berusia 28 tahun yang bekerja sebagai petani itu berjaya diberkas di Ulu Musi, Kabupaten Empat Lawang, Sumatera Selatan, susulan laporan seorang wanita dikenali sebagai Sri Sulastri yang mendakwa motosikal Honda Beat miliknya dibawa lari.

Ketua Polis Ratu Samban, AKP Dendi Putra berkata, suspek ketika itu datang ke Kota Bengkulu untuk menziarahi ibu bapanya sebelum bertindak meminjam motosikal mangsa dengan alasan mahu keluar sebentar.

"Namun suspek tidak memulangkan motosikal berkenaan, sebaliknya membawanya ke Kabupaten Empat Lawang," katanya pada Ahad.

Mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis selepas motosikalnya masih tidak dipulangkan suspek.

Hasil siasatan membawa polis ke kampung halaman suspek di Batu Lintang, Ulu Musi.

Siasatan lanjut mendapati suspek telah menggadaikan motosikal itu kepada individu lain dan memperoleh wang sebanyak Rp3 juta (sekitar RM684).

Suspek juga mengaku wang tersebut digunakan bagi menampung kos majlis akikah anaknya.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Ratu Samban untuk tindakan lanjut. -Agensi

 

Artikel Lain