suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang curi makan dua ketul daging, ibu ikat tangan dan kaki anak sebelum siram air panas

Keadaan luka yang dialami kanak-kanak itu selepas disiram dengan air panas. -Facebook Chalida Phalamat

SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun disiram air panas mendidih oleh ibunya sendiri sehingga mengalami melecur teruk.

Mangsa turut didakwa tidak dibawa mendapatkan rawatan selama beberapa hari walaupun kecederaan dialami serius.

Menurut laporan pada Jumaat, kejadian berlaku di daerah Thong Pha Phum, Kanchanaburi, Thailand selepas ketua kampung memaklumkan kepada pasukan penyelamat mengenai insiden itu pada Khamis.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Thong Pha Phum untuk menerima rawatan akibat kesan melecur dari bahagian leher hingga belakang badan.

Ketua kampung berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 17 Julai, namun ibu mangsa yang merupakan warga Myanmar berusia 31 tahun didakwa mengurung anaknya di rumah selama dua hari tanpa mendapatkan rawatan.

Seorang jiran turut memaklumkan mangsa pernah didera sebelum ini dan menyerahkan rakaman video kejadian terdahulu kepada pasukan penyelamat.

Pada awalnya, wanita itu mendakwa mangsa tertumpahkan air panas secara tidak sengaja, manakala kanak-kanak berkenaan enggan bercakap kerana takut dipukul lagi.

Bagaimanapun, wanita itu kemudian mengaku menyimbah air panas selepas berang mangsa memakan dua ketul daging tanpa kebenaran. 

Dia juga didakwa mengikat tangan dan kaki mangsa pada tiang rumah sebelum menyimbah air panas, namun dakwaan itu belum disahkan pihak berkuasa.

Bapa tiri mangsa mempertahankan isterinya dengan mendakwa kanak-kanak itu mempunyai masalah tingkah laku dan pernah dituduh mencuri.

Wanita itu kini ditahan dan setakat ini hanya didakwa atas kesalahan imigresen kerana tinggal di Thailand secara haram, manakala polis masih menyiasat kemungkinan pertuduhan penderaan kanak-kanak.

Mangsa kini dirawat di hospital, memerlukan pembedahan dan rawatan lanjut serta berada di bawah perlindungan Pejabat Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Wilayah Kanchanaburi. -Agensi

Artikel Lain