SEORANG lelaki meraih perhatian ramai kerana warna kulitnya pernah bertukar kuning sehingga disamakan dengan watak Bart Simpson dalam siri kartun The Simpsons.Kieran Cooper, 25, disahkan menghidap Biliary Atresia, sejenis penyakit hati yang jarang berlaku sejak berusia dua hari. Lelaki dari Cheshire, England itu menjalani pembedahan pemindahan hati pertama pada usia 11 tahun.Pada Januari lalu, kesihatannya kembali merosot sehingga dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth di Birmingham.Dia kemudian menjalani rawatan selama lima minggu sebelum menjalani pembedahan pemindahan hati kedua pada 28 Februari.Selepas menerima hati baharu, warna kulitnya juga perlahan-lahan bertukar normal, sekali gus memberi kelegaan buatnya.Mengimbas pengalaman ketika sakit, Kieran berkata dia hilang keyakinan diri kerana sering diperhatikan orang sekeliling."Waktu itu saya pun terkejut lihat keadaan diri sendiri. Saya kelihatan seperti watak Bart Simpson. Rasa tak selesa berjalan di luar, semua orang memandang. "Walaupun sekarang keadaan semakin baik, saya masih takut untuk keluar rumah," katanya. -Agensi