suria

Komuter Laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves Alami Gangguan

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan perkhidmatan hari ini disebabkan kegelinciran tren komuter di stesen Shah Alam lewat malam Khamis.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada Jumaat, perkhidmatan tren komuter bagi sektor itu akan beroperasi seperti biasa tetapi akan berlaku kelewatan sekitar lima minit.

Kenyataan itu melaporkan tren komuter yang terlibat dalam insiden itu adalah tanpa penumpang dan sedang dalam perjalanan ke depot Sentul bagi tujuan penyelanggaran.3

KTMB memaklumkan bahawa kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.

Sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862 bagi maklumat lanjut. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain