suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

34 PATI Ditahan Di Tawau

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan 34 pendatang tanpa izin yang cuba memasuki negara ini secara tidak sah melalui perairan Semporna, Rabu lepas.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kpt Maritim Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata kesemua mereka yang berumur antara satu dan 50 tahun itu ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Kira-kira pukul 9 malam, APMM menahan dan memeriksa sebuah bot tempel tanpa nombor pendaftaran yang membawa orang yang dipercayai cuba masuk ke Kampung Simunul, Semporna," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati bot tempel itu melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain