suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Rahim Minta Rakyat Beri Mandat Besar Kepada Najib

KUDAT: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berharap rakyat dapat memberikan mandat yang besar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau berkata mandat itu perlu bagi memastikan momentum kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara dapat diteruskan.

"Walaupun ekonomi global khususnya di Eropah dan Amerika Syarikat mengalami kemelesetan buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun dan ekonomi China mencatatkan pertumbuhan tujuh peratus tahun lalu, namun Malaysia mampu mengekalkan kadar pertumbuhan enam peratus," katanya.

"Ini adalah bukti keberkesanan kepimpinan Najib sebagai ketua eksekutif negara," kata Abdul Rahim, yang juga Ahli Parlimen Kudat, pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Tun Mustapha, dekat sini, Khamis.

Pada majlis itu, Abdul Rahim turut menyampaikan bantuan dan angpau kepada 500 penerima dan memberikan 250 kotak limau mandarin kepada setiap kedai di Kudat dan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina. BERNAMA

Artikel Lain