suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

William Didakwa Dilihat Di Segambut Dalam

Poster kehilangan William diedarkan kepada orang ramai.
Poster kehilangan William diedarkan kepada orang ramai.
Poster kehilangan William diedarkan kepada orang ramai.

KUALA LUMPUR: Petunjuk baru berhubung kehilangan William Yau Zhen Zhong tersebar apabila kanak-kanak itu didakwa pernah dilihat di Segambut Dalam.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, orang awam kononnya ternampak seorang kanak-kanak menyerupai William bersama-sama dengan seorang warga asing pada Jumaat lalu di Segambut Dalam.

"Kami telah mengedar poster kanak-kanak itu di kawasan tersebut.

"Setakat ini, tiada petunjuk dia berada di sana tetapi kami tidak akan berhenti mencarinya," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Putra Heights pada Rabu lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain