Felda Bina 20,000 Rumah Lima Tahun Di Bawah Aktiviti - Semasa | mStar

Felda Bina 20,000 Rumah Lima Tahun Di Bawah Aktiviti

KUALA LUMPUR: Felda akan menyiapkan projek perumahan generasi baharu sebanyak 20,000 unit untuk tempoh lima tahun di atas tanah seluas 2,023.4 hektar (5,000 ekar) dalam kawasannya, membabitkan belanja RM1.5 bilion.

Ini antara program yang akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi, sebagai menyokong usaha kerajaan merancakkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat Jumaat.

Beliau berkata selain itu Felda juga memperuntukkan RM60 juta bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di sekitar rancangan, di samping berbelanja RM100 juta setahun untuk program pendidikan dan latihan kemahiran serta biasiswa kepada 5,000 anak generasi baharu.

Menurutnya 30 peratus atau 2,000 orang daripada jumlah itu terdiri daripada anak-anak dari luar Felda.

"Kerajaan berharap pihak swasta, badan korporat serta syarikat berkaitan kerajaan akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui CSR," katanya.

Sementara itu Perdana Menteri berkata Yayasan 1MDB 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pula akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah arau untuk pelajar prasekolah di pedalaman Sarawak, Klinik bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

Yayasan 1MDB ditubuhkan pada Januari 2010 bagi menguruskan Dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) khusus bagi melancarkan beberapa inisiatif utama dalam usaha merapatkan jurang sosio-ekonomi, ke arah memenuhi nilai-nilai aspirasi 1Malaysia.

Antara inisiatif utama syarikat pembangunan strategik utama dipacu pasaran bagi membantu mengubah Malaysia menjadi ekonomi maju, yang kompetitif, inklusif dan berkekalan itu ialah, menggalakkan peluang sama rata kepada pendidikan dan kualiti hidup semua rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan GLC pula akan memperuntukkan hampir RM500 juta untuk menjalankan CSR dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam persekitaran. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain