suria

Polis PNG Tahan Lelaki Dari Sarawak

KUALA LUMPUR: Polis di Papua New Guinea (PNG) telah menahan seorang lelaki dari Sarawak atas dakwaan menggelapkan saham dalam dua syarikat PNG yang terbabit dalam pembalakan dan penanaman kelapa sawit, menurut akhbar The National di negara itu.

Lelaki itu, yang kediamannya di PNG iaitu di Waigani Village, Port Moresby, telah ditemu bual di Pejabat Fraud dan Pencegahan Rasuah Nasional di Konedobu sebelum didakwa di mahkamah.

Ini berikutan aduan oleh seorang pengarah warga Malaysia bagi kedua-dua syarikat.

Suspek kini ditahan di balai polis Boroko berikutan tidak dibenarkan ikat jamin. - BERNAMA

Artikel Lain