suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

22 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

JOHOR BAHRU: Sebanyak 22 buah rumah yang dihuni penduduk tempatan dan warga asing musnah dalam kebakaran di Kampung Kangkar Tebrau, di sini Khamis.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taman Johor Jaya, Syed Nasir Syed Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran terbabit pada 3.17 petang dan tiba di tempat kejadian 16 minit kemudian.

"Kebakaran di 11 rumah keluarga tempatan dan 11 rumah keluarga rakyat asing yang disewa itu dipercayai berlaku pada 3 petang. Kebakaran merebak dengan pantas disebabkan angin kuat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Syed Nasir berkata, 21 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya dan Pasir Gudang menghadapi kesukaran untuk memadamkan api disebabkan tekanan air yang rendah di kawasan terbabit.

Berikutan masalah itu, pihak bomba mengambil masa lebih kurang dua jam untuk memadamkan kebakaran, katanya.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan, bagaimanapun, terdapat sebuah kereta Proton Waja dan sebuah motosikal turut hangus dalam insiden tersebut.

Punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran terbabit masih dalam siasatan, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain