Konsulat Jeneral Malaysia Di New York Ambil Alih Pemprosesan Pasport di AS - Semasa | mStar

Konsulat Jeneral Malaysia Di New York Ambil Alih Pemprosesan Pasport di AS

NEW YORK: Dalam satu langkah besar yang bertujuan mempermudah pemprosesan pasport Malaysia, Konsulat Jeneral di New York kini mengendalikan pengeluaran dan pembaharuan pasport bagi warga Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat.

Dahulunya, pasport warga Malaysia yang tinggal di luar bidang kuasa New York, yang meliputi 12 negeri, dikendalikan sama ada oleh kedutaan Malaysia di Washington atau konsulat di bandaraya-bandaraya lain di Amerika Syarikat.

"Perubahan itu berkuatkuasa kira-kira dua bulan lepas dan berjalan lancar. Sebelum ini, kami menghantar semua pasport Malaysia ke Kuala Lumpur bagi pemprosesan atau pembaharuan, tetapi itu mengambil masa yang lebih lama.

"Dengan tujuan membantu warga Malaysia yang mungkin mahu membuat perjalanan dengan tiba-tiba atau memerlukan pasport bagi tujuan lain, satu keputusan diambil untuk memusatkan pemprosesan pasport oleh Konsulat Jeneral di New York. "Memproses pasport di sini menjimatkan masa kerana kita tidak perlu menghantarnya ke Kuala Lumpur," kata Syed Mohammed Bakri Syed Abdul Rahman, Konsul Jeneral Malaysia, dalam satu wawancara dengan Bernama.

Syed Mohammed memuji langkah dan inisiatif Duta Malaysia di Washington, Datuk Othman Hashim, ini, yang dianggap berpandangan jauh.

Warga Malaysia yang kehilangan passport, atau rosak pasportnya, boleh menghubungi Konsulat Jeneral di New York untuk mendapatkan bantuan. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain