suria

Kekerapan Perkhidmatan KTM Komuter Ditambah Sempena Ramadan

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)akan menambah kekerapan perkhidmatan KTM Komuter sempena Ramadan ini bagi membolehkan umat Islam pulang berbuka puasa.

Pertambahan kekerapan perkhidmatan itu adalah setiap 15 minit pada waktu puncak sebelah petang dari Isnin hingga Jumaat bagi laluan Batu Caves-Klang dan Bangi-Sungai Buloh.

Menurut kenyataan KTMB hari ini pertambahan perkhidmatan KTM bagi laluan Batu Caves-Klang akan berlepas dari stesen Batu Caves pada 3.15 petang manakala dari Stesen Klang berlepas pada 4.10 petang.

Bagi laluan Bangi-Sungai Buloh pula, tren berlepas dari stesen Bangi pada 3.48 petang dan dari stesen Sungai Buloh pada 3.46 petang.

Bagi laluan Rawang-Tanjung Malim, KTMB akan menyingkatkan kekerapan tren dari 60 minit ke 40 minit dengan tren berlepas dari stesen Rawang pada 6.10 pagi dan dari stesen Tanjung Malim pula berlepas pada 7.15 pagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862. - BERNAMA

Artikel Lain