suria

Anggota Polis Koma Selepas Ditembak Ketika Menonton Euro 2012

JOHOR BARU: Seorang pegawai polis telah ditembak sebanyak empat kali dan kini bertarung untuk hidup di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah di sini.

Polis berpangkat Konstabel, 24, dari Sarawak telah ditembak sekitar pukul 4.00 pagi di sebuah pub di Nusa Bestari ketika sedang menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Euro 2012 antara Itali dan Sepanyol.

Difahamkan anggota polis terbabit berada di pub dengan rakan sekerja yang lain untuk menonton perlawanan bersama beberapa rakan lain.

Menurut sumber, seorang kawan mangsa yang juga seorang anggota polis, hanya menonton separuh perlawanan kerana mengantuk manakala mangsa terus berada di situ sambil minum-minum.

Sumber itu berkata bahawa terdapat perdebatan antara mangsa dan rakannya selepas pasukannya, Itali, mula ketinggalan dalam perlawanan.

Polis itu mengeluarkan pistol tetapi rakannya mengeluarkan senapang dan menembaknya berulang kali.

Pelanggan memanggil pihak polis dan petugas paramedik.

Suspek dipercayai telah menyerah diri kepada pihak polis dan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Noor Hashim Mohamed mengesahkan kes itu dan berkata bahawa polis tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

"Kami menahan penembak berusia dalam lingkungan usia 20-tahun dan pasukan paramedik untuk membawa konstabel ke hospital dengan segera.

"Beliau kini dalam keadaan koma," katanya.

Beliau menambah bahawa kes itu telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Artikel Lain