suria

Polis Sahkan Bayi Empat Bulan Mati Lemas

Ibu bayi malang, Tan Hui Kheng (dua, kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu mayat anaknya di bilik mayat Hospital Batu Pahat, Johor pada Jumaat.
Ibu bayi malang, Tan Hui Kheng (dua, kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu mayat anaknya di bilik mayat Hospital Batu Pahat, Johor pada Jumaat.
Ibu bayi malang, Tan Hui Kheng (dua, kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu mayat anaknya di bilik mayat Hospital Batu Pahat, Johor pada Jumaat.

BATU PAHAT: Pengasuh bayi perempuan berusia empat bulan yang ditemui mati di dalam semak berhampiran Tasik Y pada Khamis lalu telah ditahan.

Ibu bapa bayi malang tersebut mendakwa pengasuh itu telah mendera anak mereka yang dibawah jagaannya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata polis menahan wanita tersebut selepas laporan perubatan menunjukkan bayi malang itu, Lim Xiu Yao, mati lemas.

"Siasatan awal menunjukkan bayi tersebut meninggal dunia pada Rabu sebelum mayatnya ditemui orang ramai yang berjoging kira-kira pukul 7 malam Khamis," katanya.

Din Ahmad berkata, pengasuh itu terlebih dahulu memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia meninggalkan bayi itu bersendirian dalam keretanya pada pukul 4.30 pagi Rabu di Tasik Y ketika dia melekatkan notis jawatan pengasuh di tiang lampu yang terletak kira-kira 5 meter.

Menurut pengasuh berusia 42 tahun itu, tiga lelaki menariknya masuk ke dalam sebuah kereta sebelum membawanya ke Stadium Batu Pahat kira-kira 1 km dari tempat kejadian.

Wanita tersebut yang merupakan seorang ibu tunggal melompat keluar dari kereta terbabit apabila ia berhenti di stadium tetapi semasa cuba melarikan diri dia tergelincir dan tidak sedarkan diri.

Dia diselamatkan oleh orang yang melalui kawasan itu pada pukul 7 pagi dan menelefon ambulan untuk menghantarnya ke hospital Batu Pahat.

Din berkata, pengasuh itu masih menerima rawatan kerana patah kaki.

"Kami sedang menyiasat dakwaannya," katanya.

Pelbagai spekulasi timbul di Internet yang menyatakan bahawa Xin Yao bukan bayi pertama yang meninggal dunia di bawah jagaan pengasuh tersebut.

Seorang lelaki memberitahu ibu bapa Xin Yao di bilik mayat hospital pada Khamis bahawa anaknya berusia dua bulan turut meninggal dunia kerana mati lemas setahun yang lalu ketika di bawah jagaan wanita terbabit.

Din berkata, dakwaan tersebut akan disiasat dan berharap ibu bapa mangsa tampil untuk membantu siasatan.

Artikel Lain