suria

Agong Kurnia Surat Lantikan Kepada TYT Melaka Untuk Penggal Ketiga

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Jumaat berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Ini merupakan lantikan penggal ketiga bagi Mohd Khalil, 75.

Istiadat yang berlangsung di Istana Negara pagi ini disaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta beberapa menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Para jemputan kemudian menghadiri jamuan bersama Yang di-Pertuan Agong selepas istiadat tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain