suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Veteran, Thomas Lee Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

PETALING JAYA: Wartawan veteran, Thomas Lee Seng Hock meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat penyakit kanser hati.

Beliau yang dilahirkan pada 25 Jun 1948 menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada pukul 4.30 petang, Ahad.

Lee disahkan menghidap kanser hati tiga bulan lalu.

Beliau dimasukkan ke wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia selepas dua minggu.

Anak perempuan beliau, Beverly Lee Hsiao-Fung, 32, berkata Lee dibenarkan pulang ke rumah pada awal Mei lalu.

Lee memulakan tugasnya bersama The Star pada 1970 sebelum menyertai organisasi lain seperti The Edge, New Straits Time, The Malay Mail dan mysinchew.com.

Beliau menyertai The Star semula pada 22 Jun 1996 dan menyandang jawatan Timbalan Editor (penerbitan) bahagian Metro sebelum berhenti pada 5 Julai 2009.

Artikel Lain