suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Warta Perlis Meninggal Dunia

KANGAR: Wartawan Warta Perlis, Zakaria Mahmood meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, Sabtu, akibat serangan jantung.

Allahyarham, 68, menghembuskan nafas terakhir pada 4.42 petang di HTF beberapa jam selepas dibawa ke jabatan kecemasan hospital itu.

Isteri Allahyarham, Asma Mansor, 48, yang merupakan petugas pentadbiran di Biro BERNAMA Perlis berkata Allahyarham kelihatan lemah pada sebelah pagi dan dibawa ke HTF.

Allahyarham, yang dikenali dengan nama pena Zam Zakaria, bertugas seperti biasa semalam dan tidak menunjukkan tanda-tanda sakit.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham aktif dalam bidang penulisan dan pernah menulis untuk beberapa akhbar tabloid sebelum menyertai Warta Perlis sebagai wartawan sejak lebih 10 tahun lepas.

Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri itu.

Jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Padang Lati pukul 11 pagi esok. - BERNAMA

Artikel Lain