suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Disaran Kecualikan Bayaran Balik Pelajar JPA, Mara Cemerlang Di Luar Negara

ALOR SETAR: Kerajaan disaran mengecualikan pembayaran balik pinjaman Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat bagi penuntut di luar negara yang memperolehi keputusan cemerlang.

Membuat saranan itu bagi pihak Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK), Anggota Jawatankuasa DPMK Datuk Dr Nordin Yunus berkata sebagai timbal balik, kerajaan boleh mensyaratkan agar penuntut terbabit kembali berkhidmat di tanah air.

"Kini mereka kena bayar balik penuh. Jadi ramai yang buat keputusan untuk bekerja di luar negara dan ini akhirnya merugikan negara.

"Jadi dengan dikecualikan bayaran balik bagi pelajar cemerlang yang di belajar di universiti terkemuka di luar negara, ia dapat menggalakkan mereka untuk mendapat keputusan cemerlang kelas pertama dan kemudian balik berkhidmat di Malaysia," katanya, di sini Rabu.

Nordin yang juga bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah, berkata langkah itu juga selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu menarik rakyat Malaysia di luar negara kembali berkhidmat di tanah air menerusi penubuhan Talent Corporation Malaysia Berhad.

"Yang mendapat pinjaman untuk ke luar negara bukan hanya orang Melayu. Ada juga bukan Melayu. Jadi cadangan ini melibatkan semua kaum," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain