suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KDN Tempelak Irene Berhubung Dakwaan Eksploitasi Pekerja Migran

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri menempelak Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez yang mendakwa kononnya pekerja migran tanpa izin sentiasa dieksploitasi di negara ini, sedangkan Malaysia melaksanakan pelbagai mekanisme bagi memberi perlindungan kepada mangsa eksploitasi buruh.

Menurut kenyataan KDN hari ini, antara mekanisme itu ialah penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran 2007, manakala Majlis Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), yang diterajui KDN, bertanggungjawab mengkoordinasi usaha membanteras jenayah tersebut.

"Ciri utama yang dimasukkan di dalam pindaan akta pada November 2010 adalah melantik Pegawai Buruh sebagai pegawai penguatkuasa yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan kes-kes eksploitasi buruh atau buruh paksa.

"Selain itu, takrifan baru pemerdagangan orang telah diperluas untuk merangkumi semua tindakan memperolehi atau mengekalkan buruh atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut kes melibatkan pekerja asing disiasat mengikut Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, kecuali jika kesalahan yang dilakukan tertakluk di bawah undang-undang jenayah biasa.

"Selain itu, pelaksanaan Program 6P juga dilihat dapat menawarkan peluang kepada mereka untuk bekerja secara sah di sisi undang-undang. Kementerian komited dalam usaha untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan bagi setiap individu di negara ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain