2,000 Penduduk Padang Terap Dakwa Tanah Diceroboh Syarikat Korporat - Semasa | mStar

2,000 Penduduk Padang Terap Dakwa Tanah Diceroboh Syarikat Korporat

KUALA NERANG: Lebih 2,000 keluarga di Padang Sanai, Padang Terap di sini mendakwa ratusan hektar tanah yang diterokai sejak 70-an diceroboh sebuah syarikat perladangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia, sejak lima tahun lepas.

Sehubungan itu, penduduk terbabit yang telah menubuhkan Gabungan Generasi Hilang Tanah (GAGAH) mahu kerajaan negeri Kedah mengambil tanggungjawab menyelesaikan dilema mereka.

Seorang pengasas GAGAH, Che Kasa Awang, 59, berkata penduduk bercadang mengadakan perhimpunan aman di Wisma Darul Aman, di Alor Setar pada 30 Okt ini bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Sebagai kerajaan yang mendakwa melaksanakan kebajikan rakyat, kami mahu Menteri Besar membuktikan kerajaan PAS Kedah benar-benar prihatin masalah rakyat," katanya kepada Bernama.

Katanya dalam tempoh lima tahun lepas, pihaknya telah membuat berpuluh aduan kepada polis dan Pejabat Tanah Padang Terap namun tiada sebarang tindakan diambil.

Beliau berkata kira-kira 2,000 keluarga terbabit mewarisi beratus hektar tanah yang telah diterokai dan diusahakan ibu bapa atau nenek moyang mereka sejak tahun 70-an.

"Kami pernah memohon untuk mendapat hak milik tanah beberapa tahun lepas namun Pejabat Tanah Padang Terap menolak atas alasan permohonan tanah telah ditutup," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata Azizan berjanji menyelesaikan tuntutan tanah tersebut oleh penduduk terbabit semasa beliau membangkitkan perkara itu pada sidang Dewan Undangan Negeri dua tahun lepas.

"Saya membantu penduduk memenuhi permintaan Azizan supaya melantik juruukur profesional untuk mengukur tanah namun yang sebaliknya berlaku apabila beliau menolak mentah-mentah cadangan pembahagian tanah yang dikemukakan," katanya.

Syed Sobri berkata penduduk terbabit bergantung hidup kepada tanah tersebut tetapi kini mereka menderita kerana punca pencarian musnah.

"Syarikat tersebut pada asalnya diberi hak ke atas ladang tebu GPT seluas hampir 8,000 hektar kini memiliki hampir 15,000 hektar dengan meneroka tanah yang diusahakan penduduk kampung," dakwanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain