suria

10 Syarikat M'sia Terjejas Oleh Banjir Di Thailand

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 syarikat Malaysia didapati terjejas oleh banjir yang teruk di Thailand.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kebanyakan syarikat itu adalah dalam sektor automotif dan elektrik & elektronik.

"Syarikat-syarikat yang terlibat beroperasi di kawasan perindustrian Ban Wa, Rojana dan Navanakorn," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, Khamis.

Ribut tropika dan hujan lebat sejak Julai mengakibatkan banjir yang meluas, yang menjejaskan anggaran 2.34 juta orang di sekurang-kurangnya 30 wilayah.

Agensi Berita Thailand melaporkan Perdana Menteri Kittirat Na-Ranong sebagai berkata bahawa krisis banjir yang berlaku sekarang mungkin mengurangkan pertumbuhan KDNK negara itu sebanyak sekurang-kurangnya 0.6-0.9 peratus disebabkan kemusnahan sektor ladang dan perindustriannya yang semakin meluas. - BERNAMA

Artikel Lain