PERBUATAN tidak bermoral seorang lelaki dipercayai warga asing yang selamba membuang air kecil di dalam sebuah tren mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang.Insiden itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @hannarosschwarz yang mendakwa kejadian berlaku di dalam tren menuju ke arah Kelana Jaya pada Rabu. "Rapid KL ada 'omputih' kencing dalam tren tadi. Tren ke arah Kelana Jaya."Ingatkan warga asing kelas ketiga saja buat perangai macam ni," tulisnya.Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak menyatakan lokasi tepat atau waktu kejadian berlaku.Perkongsian itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana kemudahan pengangkutan awam digunakan bersama oleh penumpang lain, selain aspek kebersihan perlu sentiasa dijaga.Namun, ada juga warga maya berpandangan lelaki tersebut tidak membuang air kecil, sebaliknya berpeluh kerana selepas bersukan."Kencing ke ni? Peluh kot? Macam baru habis marathon je."Macam berpeluh je. Nampak macam baru habis berlari," komen netizen.Sementara itu, Rapid KL segera memberi respon kejadian tersebut dengan meminta individu terbabit berkongsi nombor tren bagi tindakan segera.