SELEPAS 17 hari terlantar di atas katil akibat diserang anjing, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi kini menunjukkan perkembangan positif apabila mula belajar berjalan.Perkembangan terbaharu itu dikongsikan bapa saudara mangsa, Shahrizal Mohd Hanafiah yang memaklumkan keadaan Nur Haira berdasarkan makluman yang diberikan oleh ibu kanak-kanak berkenaan. Bagaimanapun, Nur Haira masih berdepan kesukaran untuk berjalan seperti biasa apabila tubuhnya menggigil dan langkahnya belum stabil selepas lebih dua minggu terlantar."Menurut umi (ibu) adik Haira, Haira mula belajar berjalan setelah 17 hari terlantar di atas katil."Struggle dan badan menggigil, terhuyung-hayang masa berjalan. Doakan dipermudahkan pemulihan," katanya menerusi perkongsian di Threads pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Sebut ‘susu, bear’ sejurus lepas buka mata... Budak 2 tahun parah digigit anjing liar terima 40 jahitan seluruh badanARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa wujud naratif salahkan keluarga?” - Bapa saudara nafi anjing serang Nur Haira milik mereka, dedah asal usul sebenarDalam pada itu, Shahrizal memaklumkan Nur Haira dijangka menjalani pembedahan fasa pertama dalam tempoh terdekat."Insya-Allah pembedahan di kepala fasa satu dalam minggu ini," katanya.Pada masa sama, keluarga turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Johor menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) atas bantuan serta keprihatinan terhadap Nur Haira.Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi 5 September lalu, mangsa diserang lima ekor anjing liar di hadapan rumah neneknya di Kampung Tambak, Sungai Kelambu.Kejadian disedari nenek mangsa selepas melihat pintu gelangsar rumah terbuka sebelum mendapati cucunya sedang dikerumuni dan digigit haiwan berkenaan.Serangan tersebut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah termasuk luka pada bahagian kepala dan pipi.