suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail, barisan Exco menghadap Tuanku Nadzaruddin pada Rabu

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijadual menghadap Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar pada Rabu.

Pertemuan tersebut akan berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar pada pukul 9 pagi.

Berdasarkan jemputan yang diedarkan kepada media, majlis berkenaan diadakan sebagai sesi suai kenal serta bertujuan mengeratkan hubungan antara Menteri Besar, barisan Exco dan Tuanku Nadzaruddin.

Turut dijadualkan hadir ialah Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Datuk Shahbandar Sungai Ujong.

Pada 5 Jun lalu, Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin mengisytiharkan Tuanku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Istiadat pengisytiharan itu berlangsung di ruang istirahat kelab yang terletak di tingkat satu sebuah hotel lima bintang.

Artikel Lain