HANTARAN Jofliam mengenai kemenangan berkaitan hak hadanah penuh anak-anaknya mengundang reaksi balas bekas isterinya, Cik Epal yang menegaskan Han dan Yuki bukan 'barang dagangan'.Personaliti media sosial itu menegaskan kedua-dua anaknya tidak wajar digunakan dalam kemelut peribadi antara mereka berdua. Seolah-olah berang dengan hantaran dibuat bekas suaminya itu, Cik Epal menyatakan anak-anak mereka bukan alat untuk memenuhi ego atau digunakan bagi menimbulkan persepsi buruk terhadap dirinya."Menang kepala hotak kau. Han dan Yuki bukan barang dagangan."Bukan barang nak menangkan ego dan fitnah mak kandung jahat supaya anak tak hormat aku."Bukan barang nak menunjuk kasih sayang, bukan barang nak mengemis nafkah tiap kali tukar giliran dan bukan barang menyakitkan hati atuk, nenek serta mak bapa aku," luahnya lagi.Tambahnya, dua beradik itu juga tidak seharusnya dipindahkan sesuka hati, dijadikan perbandingan dengan isteri baharu atau dihalang daripada mengikutinya ke luar negara.Dalam luahan sama, dia mendakwa anak-anaknya berdepan tekanan akibat hasutan sehingga mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan terhadap dirinya."Aku tak nak Han dan Yuki hadap tekanan seperti yang pakar beritahu sebab kena hasut, sampai sanggup cakap aku ini perempuan murah yang diceraikan."Aku tak mahu anak-anak dihasut. Aku tak mahu anak-anak rasa mereka datang daripada keluarga yang berpecah," ujarnya.Menurut Cik Epal, dia juga tidak pernah mempengaruhi anak-anak supaya membenci bapa mereka meskipun hubungan antara orang dewasa sedang dilanda konflik."Itu anak, bukan binatang. Jangan libatkan anak-anak dalam urusan perkahwinan dan perniagaan kamu. Biarkan mereka menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak," tambahnya.Pada Selasa, usahawan dan pempengaruh Jofliam atau Jofli Abu Bakar, 38, memaklumkan dia mendapat hak penjagaan penuh dua anak kandungnya iaitu Han, 11 dan Yuki, 7 tahun.Jofliam menyatakan keputusan mahkamah sebagai hari bersejarah buat dirinya dan akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang hak hadanah penuh sebaik mungkin.Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum sah bercerai pada 9 Oktober 2024.