suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hari bersejarah untuk saya” - Jofliam dapat hak penjagaan penuh dua anak 

Jofliam berkongsi perkembangan kes hak jagaan kedua-dua anak kandungnya.

USAHAWAN dan pempengaruh Jofliam mendapat hak penjagaan penuh dua anak kandungnya iaitu Han, 11 dan Yuki, 7 tahun. 

Jofliam atau Jofli Abu Bakar, 38, memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di media sosialnya selepas sebutan kes hadanah tersebut berlangsung di sebuah mahkamah syariah.

"Allahukbar. Pada hari ini, mahkamah telah memuktamadkan hak jagaan penuh bagi kedua-dua anak kandung saya, Han dan Yuki, jatuh kepada ayah kandung iaitu saya.

"Pihak-pihak telah menarik balik dan mahkamah juga telah menggugurkan kes komital terhadap saya," katanya.

Menganggap keputusan mahkamah sebagai hari bersejarah buat dirinya, Jofliam berkata dia akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang hak hadanah penuh sebaik mungkin.

Malah, dia berjanji untuk bersikap fleksibel dan bertoleransi dalam urusan melibatkan kedua-dua anaknya.

“Hari bersejarah untuk saya.

"Sebagai pemegang hak hadanah penuh kepada kedua-dua anak saya, saya akan menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.

"Saya akan bersikap fleksibel dan bertoleransi demi anak-anak. Terima kasih ya Allah," katanya.

Dalam masa sama, Jofliam turut memohon maaf berhubung kemelut peribadi yang sebelum ini menjadi perhatian umum.

Katanya, dia kini mahu memberikan tumpuan kepada usaha mencari rezeki untuk keluarganya.

"Saya juga memohon maaf atas kekusutan yang telah berlaku melibatkan hal peribadi di khalayak.

"Sekarang adalah masa untuk saya fokus mencari rezeki demi keluarga baharu saya.

"Terima kasih semua yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik," katanya.

Isu hak penjagaan Han dan Yuki berlarutan sejak Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal atau Murni Mahmud berpisah selepas 10 tahun bersama.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 1 Jun 2014 sebelum sah bercerai pada  9 Oktober 2024

Artikel Sebelum

Artikel Lain