DEWAN Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran 28 kerusi DUN itu dalam satu sidang media pada petang Selasa.Menurut beliau, pembubaran berkenaan akan berkuat kuasa pada Rabu, 23 September.Pembubaran tersebut membolehkan PRN Melaka diadakan bagi memilih kerajaan negeri yang baharu.Mandat pentadbiran kerajaan negeri ketika ini sepatutnya berakhir pada 27 Disember depan.