MELAKA dijangka bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan jangkaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka membuat pengumuman mengenai pembubaran DUN yang mempunyai 28 kerusi itu kira-kira pukul 3 petang. Pengumuman berkenaan dijangka dibuat selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pada pukul 12 tengah hari, disusuli mesyuarat pasca-Exco pada pukul 2 petang.Menurut sumber, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam sudah menandatangani proklamasi pembubaran DUN.Bagaimanapun, setakat ini kerajaan negeri masih belum membuat sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara tersebut.Spekulasi mengenai pembubaran semakin kuat selepas mesyuarat mingguan Exco yang lazimnya diadakan pada Rabu diawalkan kepada Selasa.Malah, kesemua 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) turut diarahkan hadir menerusi jemputan yang diedarkan pada malam Isnin untuk berada di Seri Negeri pada pukul 2.30 petang Selasa.Pejabat Ketua Menteri juga dijangka menjemput pihak media menghadiri sidang media Ab Rauf di Seri Negeri pada sebelah petang.Sumber sama memaklumkan pembubaran DUN dijangka berkuat kuasa pada Rabu, sekali gus membuka laluan kepada proses mengadakan PRN Melaka.Mandat pentadbiran kerajaan negeri ketika ini dijadual berakhir pada penghujung Disember.Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.-The Star