suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong Berangkat Hadir Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-225

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat pada Khamis menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-225 di Istana Negara di sini.

Seri Paduka diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat dua hari yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Semua Raja Melayu hadir kecuali Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak hadir.

Mengiringi Raja Melayu pada mesyuarat itu ialah Menteri Besar, manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing. - BERNAMA

Artikel Lain