suria

Mesyuarat PKR Cabang Kuala Terus Berubah Tempat

KUALA TERENGGANU: Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Nerus, yang sepatutnya diadakan di pejabat parti itu di Padang Air terpaksa dipindahkan ke Batu Enam selepas lokasi asal mesyuarat itu didapati dikunci.

Ketua AMK Terengganu Fariz Musa berkata inisiatif mengubah tempat mesyuarat itu diambil selepas mendapat persetujuan Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR.

Beliau mendakwa tindakan mengunci pejabat PKR di Padang Air itu merupakan satu sabotaj oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi menggagalkan mesyuarat tersebut.

"Bila ahli-ahli datang hendak bermesyuarat pagi ini, mereka dapati pintu pejabat tempat mesyuarat itu berkunci," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Walaupun begitu, Fariz juga naib ketua AMK Malaysia berkata sebahagian besar daripada kira-kira 600 anggota berdaftar PKR cabang itu, menghadiri mesyuarat di Batu Enam dan menunaikan tanggungjawab mereka dalam pemilihan parti 2010 itu.-BERNAMA

Artikel Lain