suria

Zaid Mahu Tubuh 'Keadilan Baru' Jika Dipecat

PETALING JAYA: Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim akan menubuhkan 'Keadilan Baru' jika dipecat daripada parti itu ekoran pertelagahannya dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali.

Zaid berkata beliau tidak akan bersara daripada politik kerana matlamatnya adalah untuk mencari transformasi politik jangka panjang.

"Apa yang dihadapi sekarang bukanlah sesuatu yang baru," katanya kepada kira-kira 100 orang yang hadir di Pusat Khidmat Kedah Tengah Kedah di Sungai Petani, Rabu malam.

Zaid menambah, beliau telah meninggalkan Umno, melepaskan jawatan menteri, serta meninggalkan firma guaman terbesar yang memberi banyak wang kepadanya.

Katanya yang dipetik dari Malaysiakini, beliau telah mengorbankan dirinya tetapi beliau tidak mahu membesar-besarkannya "kerana beliau mempunyai agenda politik jangka panjang".

Beliau sebelum ini menarik diri dari merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain