382 Rakyat Asing Ditangkap Edar Dadah Jan-Sept 2010 - Semasa | mStar

382 Rakyat Asing Ditangkap Edar Dadah Jan-Sept 2010

KUALA LUMPUR: Seramai 382 rakyat asing yang terlibat dengan kes pengedaran dadah di Malaysia ditangkap dalam tempoh Januari hingga September tahun ini dengan 222 lagi masih dalam siasatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, penangkapan paling ramai membabitkan rakyat Myanmar iaitu 120 orang diikuti Iran (97 orang), Thailand (39), Indonesia (33) dan Nigeria (23).

Beliau berkata pada tahun lepas, seramai 225 rakyat asing ditahan dengan 137 lagi masih dalam siasatan manakala pada 2008, seramai 227 ditahan dan 214 lagi disiasat, katanya menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Loke dalam pertanyaannya ingin tahu jumlah kes tangkapan mengenai kesalahan pengedaran dadah melibatkan rakyat asing mengikut negara asal masing-masing pada 2008, 2009 dan 2010 serta jumlah kes yang telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman pada tahun-tahun berkenaan.

Abu Seman berkata, kerajaan memandang serius kegiatan pengedaran dadah termasuk yang melibatkan rakyat asing dengan pelbagai langkah diambil Polis Diraja Malaysia bagi membanteras kes berkenaan.

"Antara tindakan diambil adalah meningkatkan jaringan hubungan kerjasama antarabangsa dengan agensi penguatkuasaan negara luar untuk bertukar-tukar maklumat risikan serta mewujudkan profil penumpang pesawat dari luar negara yang disyaki sebagai kurier dalam pengedaran dadah," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara terutamanya di lapangan-lapangan terbang antarabangsa juga turut diperketatkan dengan penggunaan peralatan berteknologi tinggi seperti mesin pengimbas.

Menjawab soalan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mengenai dakwaan Malaysia adalah negara terbaik untuk dijadikan transit pengedaran dadah, Abu Seman berkata, dakwaan itu tidak benar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain