Anak Menagih Ganja Tetak Ibu Dengan Kapak - Semasa | mStar

Anak Menagih Ganja Tetak Ibu Dengan Kapak

KUANTAN: Seorang ibu maut selepas ditetak dengan kapak oleh anak lelakinya yang dipercayai penagih dadah di rumah mereka di Chini Timur Satu, Pekan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, ketika kejadian 10.30 malam itu, mangsa Che Wa Isa, 57, ditetak di bahagian kepala ketika sedang mengangkat jemuran di beranda rumah.

"Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Suspek yang berusia 23 tahun kemudiannya melarikan diri.

"Suami mangsa, 58, yang terdengar jeritan terus bergegas keluar dari rumah dan mendapati mangsa telah berlumuran darah selepas ditetak," katanya. Katanya polis kemudianya berjaya memberkas suspek di sebuah pondok di belakang rumah jirannya yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian bersama kapak yang digunakan.

"Ujian air kencing mendapati suspek yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu positif ganja," katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan