700 Graduan Menganggur Lebih Tiga Tahun - Maznah - Semasa | mStar

700 Graduan Menganggur Lebih Tiga Tahun - Maznah

KUALA LUMPUR: Hanya 1.8 peratus atau 700 graduan yang menganggur melebihi tempoh tiga tahun berbanding jumlah keseluruhan yang menganggur iaitu seramai 41,500 orang, sidang Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata mengikut kajian Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lepas, sebanyak 2,100 atau 5.1 peratus menganggur antara satu hingga tiga tahun; 4,800 (11.6 peratus) menganggur antara enam bulan hingga setahun, manakala 12,600 (30.4 peratus)menganggur untuk tempoh tiga hingga enam bulan.

"Graduan yang menganggur kurang daripada tiga bulan pula dianggarkan seramai 21,200 atau 51.1 peratus daripada jumlah sisawazah menganggur seramai 41,500," katanya menjawab pertanyaan Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed (BN-Sepang)berkenaan peratus graduan tempatan yang masih belum mendapat pekerjaan selepas satu hingga lima tahun menamatkan pengajian serta punca-puncanya.

Beliau berkata kajian Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun lepas memaklumkan antara faktor utama mereka gagal mendapat pekerjaan ialah akibat kurangnya permintaan terhadap bidang pengajian yang diperoleh, kurang kemahiran berkomunikasi serta kelemahan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.

"Selain itu kebanyakan majikan menetapkan pengalaman bekerja sebagai salah satu syarat pengambilan, enggan berhijrah dari kampung halaman serta mengharapkan gaji yang tinggi," kata beliau.

Sehubungan itu Maznah berkata kementerian melaksanakan pelbagai program untuk mengurangkan masalah pengangguran termasuk mengadakan pendaftaran dan penempatan pekerjaan melalui portal JobsMalaysia, kewujudan Jobs Malaysia Center dan karnival kerjaya, manakala Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program Kebolehpasaran Graduan.

Dalam pada itu, Maznah berkata kebenaran bagi majikan menggaji pegawai dagang adalah bagi menarik pelaburan luar serta memenuhi kemahiran tertentu.

"Pertimbangan bagi menggaji ekspatriat hanya diberi bagi jawatan utama serta jawatan yang memerlukan kelayakan dan kemahiran yang sukar diperoleh. Syarat juga ditetapkan supaya gaji ekspatriat tidak boleh kurang dari RM5,000," katanya.

Sehingga Ogos ini, seramai 32,058 pegawai dagang berada di negara ini, kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain