suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Mangsa Di Pusat Pemindahan Perlis Terus Berkurangan

KANGAR: Keadaan banjir di Perlis semakin surut tetapi 8,645 mangsa daripada 1,217 keluarga masih lagi ditempatkan di lebih 30 pusat pemindahan sehingga pukul 1.30 tengah hari pada Ahad.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, berkata angka itu akan terus berkurangan kerana paras air semakin surut.

Sehingga malam tadi, lebih 9,500 masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan dan kebanyakan mangsa dibenarkan pulang pagi tadi.

Sementara itu, kesemua jalan di bandar Kangar kini boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dan pusat-pusat perniagaan beroperasi seperti biasa.

Cuti hujung minggu hari ini, memberi peluang kepada mangsa-mangsa banjir yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk membersihkan rumahnya akibat kesan banjir yang melanda rumah mereka. - BERNAMA

Artikel Lain