suria

Dua Yang Melarikan Diri Ditahan Semula

KUCHING: Dua daripada tiga tahanan yang meloloskan diri dari sebuah lokap balai polis di sini pagi tadi telah ditahan semula di Bintawa lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata kedua-duanya merupakan pendatang tanpa izin warga Thailand berusia 18 dan 38 tahun.

Mereka terbabit dalam kes mencuri motosikal.

"Polis masih memburu seorang lagi lelaki yang ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969," katanya kepada Bernama.

Lelaki ini berumur 29 tahun.

Ketiga-tiganya dikatakan melarikan diri dari lokap tersebut dipercayai dengan mengumpil jeriji besi sebelum meloloskan diri melalui bumbung bangunan balai.

Kehilangan mereka disedari apabila anggota polis membuat pemeriksaan pada pukul 1.45 pagi.

Difahamkan terdapat empat tahanan dalam lokap tersebut tetapi hanya tiga yang melarikan manakala seorang lagi enggan berbuat demikian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain