suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Myanmar Maut Ditikam 12 Kali Oleh Rakan Senegara

BATU GAJAH: Seorang warga Myanmar maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh rakan senegara dalam satu pergaduhan di asrama pekerja di Bandar Seri Pengkalan, Pusing di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Najib Mohamad berkata dalam kejadian pukul 11.20 malam itu, Saw San Na Yar, 28, yang berkerja di sebuah kilang di sini mengalami kecederaan parah di badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Selasa, Najib berkata Saw dan 10 rakannya sebelum minum di luar kawasan asrama apabila berlaku perselisihan di antaranya dan suspek yang membawa kepada pergaduhan.

Pergaduhan itu berjaya dileraikan dan mereka semua pulang ke asrama masing-masing, namun Saw yang tidak berpuas hati dikatakan telah pergi menemui suspek di asrama menyebabkan berlaku pergaduhan sekali lagi, katanya.

Beliau berkata dalam pergaduhan itu suspek telah mengambil sebilah pisau dan menikam Saw bertubi-tubi sebanyak 12 kali.

Polis yang dihubungi mengenai kejadian itu telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di sebuah rumah di kawasan berhampiran kira-kira 45 minit selepas kejadian, katanya.

Mayat Saw dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat manakala lelaki tersebut ditahan reman selama seminggu untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain