suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 ADUN PKR Sokong Azmin Tanding Timbalan Presiden

PETALING JAYA: Selepas menerima sokongan daripada 20 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Naib Presiden parti, Mohamed Azmin Ali terus menerima 13 lagi sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Kesemua mereka adalah ADUN dari negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Sokongan berkenaan dinyatakan dalam satu sidang media khas di Shah Alam sebentar tadi.

Lima ADUN yang hadir pada sidang media berkenaan ialah Yaacob Sapari (Kota Anggerik), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Nik Nazmi Nik Ahmad (Sri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Seri Muda).

Bagaimanapun lapan lagi ADUN yang turut menyatakan sokongan berkenaan tidak hadir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain