suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

23 Terkorban Pada Hari Kedua Ops Sikap Ke-22

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 kematian dicatat pada hari kedua Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula Jumaat lepas kepada 33 orang.

Laman web Polis Diraja Malaysia melaporkan mereka yang terkorban melibatkan 14 penunggang motosikal, enam pengguna kereta dan satu lori.

Jumlah kematian yang dicatat pada hari pertama kempen itu ialah 10 orang.

Selain itu, sebanyak 1,322 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 133 di lebuh raya, 398 di jalan persekutuan, 215 jalan negeri, 485 jalan bandaran dan 91 lagi di jalan-jalan lain.

Sebanyak 8,522 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Ops Sikap ke-22 akan berakhir pada 17 September. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain