suria

20 MP PKR Nyata Sokongan Azmin Tanding Timbalan Presiden

PETALING JAYA: Seramai 20 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin menyatakan pendirian mereka menyokong Naib Presiden parti, Azmin Ali bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti kali ini.

Kumpulan Ahli Parlimen berkenaan diketuai oleh Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Menurut beliau, Azmin mempunyai ketokohan dan kepimpinan yang bersesuaian untuk meneruskan agenda perjuangan PKR sejak ditubuhkan.

"Azmin adalah pemimpin kanan yang telah melalui pelbagai cabaran, beliau tidak serik walaupun keluarganya pernah diaibkan dalam mengharungi gerakan reformis," katanya.

Minggu lalu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan pendirian untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti November depan.

Kerusi Timbalan Presiden kosong ekoran penyandangnya, Senator Dr Syed Husin Ali tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain