TINDAKAN seorang wanita cuba menghalang tiga peragut bermotosikal bertukar detik mencemaskan apabila dia diseret di atas jalan raya.Kejadian dilaporkan berlaku di Ludhiana, India. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, mangsa sedang duduk di luar rumah sambil bercakap menggunakan telefon bimbit sebelum didatangi tiga lelaki menaiki motosikal.Salah seorang suspek yang pada awalnya bertanyakan alamat, tiba-tiba merampas telefon bimbit wanita terbabit.Suspek kemudian melarikan diri ke arah motosikal yang sudah menunggu bersama dua lagi rakannya.Mangsa segera menjerit meminta pertolongan dan mengejar kumpulan terbabit.Beberapa jiran turut dilihat keluar dari rumah selepas terdengar kekecohan tersebut.Dalam usaha menghalang mereka meloloskan diri, wanita itu sempat memegang salah seorang suspek yang berada di atas motosikal berkenaan.Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek dipercayai terus memecut laju sehingga menyebabkan mangsa diseret di atas jalan sebelum ditolak jatuh.Mereka kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian.Rakaman tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk yang mendakwa kes kecurian dan ragut semakin meningkat di kawasan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini. -Agensi