suria

Airbus Serah Pesawat A380 Ke-10 Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Airbus telah menyerahkan pesawat ke-11 A380 dan pesawat ke-dua A380 Lufthansa, yang menjadikan kesemua pesawat A380 yang berada di dalam perkhidmatan kepada 33 buah.

Airbus kini berada pada landasan untuk memenuhi sasaran setahun penuh menyerahkan sekurang-kurangnnya 20 pesawat A380, dengan serahan 10 pesawat A380 menjelang pertengahan Julai, kata syarikat itu di dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga ini, kesemua 31 pesawat A380 yang di dalam perkhidmatan telah mencatatkan 156,000 jam perolehan penerbangan daripada 17,000 syarikat penerbangan komersil dan menerbangkan lebih 6.0 juta penumpang ke 20 destinasi antarabangsa utama di seluruh dunia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain