suria

JPJ Keluarkan 4,682 Saman Dalam Ops Sikap

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 4,682 saman bagi pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang Ops Sikap sempena Tahun Baru Cina bagi tempoh bermula 8 Februari dan berakhir hari ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, dalam tempoh itu juga dua pemandu bas awam didapati positif dadah ketika pemeriksaan dibuat di Stesen Bas Taiping dan di Larkin, Johor Baharu manakala 11 buah bas daripada 5,064 yang diperiksa pula didapati gagal dalam pemeriksaan tayar dan brek.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, semua pemilik kenderaan yang disaman akan dihantar notis temu siasat, dan sekiranya gagal hadir selepas dua minggu dari tarikh notis, mereka akan disenaraihitamkan.

Solah berkata, usaha mengurangkan kemalangan jalan raya boleh ditingkatkan sekiranya orang ramai lebih peka untuk membuat aduan.

Orang ramai boleh merakam kenderaan yang melakukan kesalahan untuk dihantar kepada JPJ menerusi email [email protected] atau menghubungi talian 03-88866412. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Lain