4,000 Penduduk Pulau Tuba Bakal Nikmati Bekalan Elektrik

LANGKAWI: Seramai 4,000 penduduk Pulau Tuba di sini yang kini menjana tenaga elektrik mereka menerusi generator minyak diesel, akan menikmati bekalan elektrik lebih selesa apabila projek kabel dasar laut dari tanah besar ke pulau berkenaan dilaksanakan.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Roslan Abdul Rahman berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa projek RM50 juta itu akan dimasukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Pelaksanaan projek ini adalah untuk memastikan penduduk dapat menikmati bekalan elektrik yang lebih selesa," katanya pada majlis dialog bersama masyarakat, di sini hari ini.

Beliau menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Tuba Barat, Abdul Rani Awang di majlis tersebut.

Bekalan tersebut akan disalurkan meliputi kampung Pulau Tuba Barat, Pulau Tuba Timur, Selat Bagan Nyior, Lubuk Chempedak dan Bagan Pauh.

Roslan juga berkata, TNB telah mengenal pasti beberapa projek lain untuk dilaksanakan di Langkawi tahun ini yang melibatkan peruntukan berjumlah RM10.6 juta.

"TNB telah membelanjakan RM3.2 juta untuk melaksanakan beberapa projek pembekalan elektrik di Langkawi," katanya.

Beliau berkata, seramai 1,826 pengguna domestik di Langkawi menikmati potongan rebat bagi bil bulanan berjumlah bawah RM20. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

1,000 Berarak Serahkan Memorandum Isu YBK

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain